November 6, 2012

HARAPAN..

Dikala hati ini mencari keredhaan,
Sinar cahaya itu datang,
Bukan untuk menghalang pandangan,
Tetapi untuk menyeru yang hilang.

Bukan kedudukan yang di minta,
Bukan paras rupa yang dinilai,
Cukup keimanan menghiasi dada,
Di tambah kejujuran indah budi pekerti.

Di saat aku leka mengingati dia,
Ku harap hidayah yang datang menyedarkanku,
Supaya aku dapat sentiasa mengingati yang ESA, 
Agar tidak meratapi hilangnya dia dari pandanganku.

Aku dambakan yang sempurna,
Bukan untuk kepentingan diri,
Tetapi untuk kebahagiaan bersama,
Untuk memperoleh yang hakiki.

Andai aku bukan untukmu,
Aku pilih lari ke hutan,
Jika diri ini tidaklah begitu sempurna di pandanganmu,
Bimbinglah aku sehingga hatimu berkenan

Andai sabarku ini mendapat ganjaran,
Aku tetap dengan pendirianku,
Andai suatu hari bukan seperti yang ku impikan,
Aku melangkah kebelakang dan terus kaku.

Kemarahan mu berapi,
Ku siram dengan air mata,
Kejujuran mu ku nanti,
Bukan untuk seketika tetapi untuk selamanya.

Jika aku kaku disini,
Jangan cuba berlembut dengan ku,
Kerana aku letih dengan sandiwara ini,
Meragut jiwa dan sanubariku.

Hari berganti hari,
Bulan silih berganti,
Tahun setia menanti,
Ku harap aku dihatimu sehingga ke akhir hayat ini.
THANKS for reading this entry

No comments: